Perlis Marathon diteruskan pada 5 Mei: Azlan

in Edisi Utara by


KANGAR – Penganjuran Perlis Marathon 2018 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada 5 Mei ini, tetap diteruskan.


Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata walaupun tarikhnya sama dengan hari pengundian awal bagi PRU14 setakat ini pihaknya belum bercadang menundanya.


“Perlis Marathon akan diteruskan sebab tempohnya agak jauh dari tarikh pilihan raya dan kita juga telah mendapat lebih 13,000 penyertaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan persekolahan bagi pelajar di kawasan Kangar di sini, hari ini.


Katanya, beliau yakin sasaran penyertaan lebih 15,000 peserta dari dalam dan luar negara akan dicapai kerana pendaftaran masih dibuka.


Perlis Marathon yang diadakan sejak 2015 turut mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan di tempat kedua terbaik daripada segi penganjurannya selepas Standard Chartered KL Marathon. – Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]