‘Pimpinan Umno takut kerjasama Tun M-Anwar’

in Politik by


PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim musykil dengan anggapan janggal pimpinan Umno berhubung kerjasama beliau dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Anwar, 70, berkata, pimpinan Umno menganggap kerjasama mereka sebagai satu perkara yang janggal kerana mereka telah bermusuhan begitu lama.


“Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik, dengan semangat silaturahim.


“Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun M dan Anwar,” katanya.


Anwar berkata, muafakat ini juga adalah kerana tekad mereka bersama untuk menjana perubahan.


“Negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya. Skandal skala besar seperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan melalui peguamnya, semalam.


Anwar berkata, hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukuman.


“PRU14 adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan,” katanya.


Anwar sebelum itu hadir mengikuti prosiding rayuan yang dikemukakan bersama keluarga bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarkan sentuhan fizikal bersama ahli keluarga ketika sesi lawatan di penjara.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]