Polis KL derma darah sempena Hari Polis Ke-211

in Edisi by


KUALA LUMPUR – Seramai kira-kira 200 anggota polis  menderma darah dalam program Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis Ke-211 anjuran Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.


Program yang berlangsung kira-kira enam jam bermula 9 pagi itu dirasmikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.


Beliau berkata, program yang melibatkan seluruh warga Polis Kuala Lumpur serta pelawat IPK itu bertujuan memberi peluang kepada semua penderma agar dapat menyumbang khidmat sosial kepada insan yang memerlukan.


“Hal ini sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perjuangan warga Polis Diraja Malaysia bukan hanya dalam menjaga kesejahteraan negara dan masyarakat, malah menjangkau kepada kehidupan sosial masyarakat. Program yang melibatkan seluruh warga polis KL ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penderma agar dapat menyumbang khidmat sosial kepada insan yang memerlukan.


“Sekaligus, dapat memberi kesedaran kepada masyrakat bahawa perjuangan PDRM bukan sahaja menjaga kesejahteraan dan keamanan negara namun, turut membantu dalam kerja kemasyarakatan,”katanya dalam satu kenyataan.


Turut hadir dalam program ini adalah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob; Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim; , Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob; Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Norhayati Abu Amin; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Polis Daerah; Pegawai Kanan; Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]