Proton sudah bersedia!

in Bisnes by


PROTON Holdings Bhd sudah bersedia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), produk pertama yang dibangunkan secara usaha sama dengan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Zhejiang Geely).


Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Proton, Abdul Rashid Musa berkata, model tersebut merupakan SUV Segmen C mewah pertama yang dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia itu.


“SUV tersebut akan dilengkapi ciri-ciri tambahan berteknologi canggih seperti pengecaman suara, kamera 3D 360 darjah dan aspek keselamatan yang lebih maju seperti kawalan laju jajap mudah suai dan bantuan brek kecemasan automatik serta banyak lagi,” katanya.


SUV tersebut akan menjadi titik tolak pelbagai model baharu bagi syarikat berkenaan, beliau juga menyeru untuk orang ramai untuk melihat masa hadapan Proton melalui tinjauan ke atas kenderaan itu dengan lebih dekat.


Beliau tidak mendedahkan tarikh pelancaran, bagaimanapun, satu undian dalam talian sedang dibuat bagi menentukan nama yang paling sesuai untuk SUV itu.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]