Tampil 30 peratus muka baharu

in Edisi Johor by


KLUANG – BN Johor ketengahkan 30 peratus muka baharu di kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini untuk bertanding dalam PRU14 nanti.


Setiausahanya, Datuk Md Jais Sarday berkata, calon berkenaan babit sekali orang muda.  


“Kita hanya tunggu tarikh dan masa sahaja untuk umumkan calon,” katanya.


Katanya, muka baharu ini akan diletakkan di kerusi yang tidak dimenangi BN pada PRU13 lalu.


“Contoh macam (Dun) Mengkibol, kita tonjolkan orang yang ada latar belakang iaitu bekas guru. Bekas cikgu ini hubungan dengan masyarakat lebih rapat, anak murid dia pun ramai.


“Ada sesetengah tempat itu mungkin melibatkan pemimpin tempatan ataupun golongan profesional. Individu berkenaan bukan ahli politik tapi ada pengaruh yang besar,” katanya.


Bercakap soal pemilihan calon, Md Jais berkata, BN mengambil kira pandangan parti komponen di peringkat parlimen.


“Jadi calon ini tak semestinya dia pemimpin parti di peringkat parlimen. Calon ini adalah calon yang kita jangka disukai ramai dan boleh menang.


“Soal calon ‘payung terjun’ saya rasa kali ini mungkin tak timbul sebab semuanya dibincang dari awal di peringkat kepimpinan BN di parlimen itu sendiri,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata, agihan kerusi di negeri ini masih sama seperti PRU13 lalu.   


“Tak banyak perubahan sangat. Hampir keseluruhan ikut yang lepas.


“Cuma kerusi itu mungkin berbeza- beza dalam satu pertemuan di sini hari ini,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]