‘Umur bukan penentu kematangan’

in Nasional by


SHAH ALAM – Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peringkat umur seseorang itu bukanlah penentu kepada kematangan mereka.


Katanya, ini dibuktikan dengan kejayaan yang dikecapinya, meskipun ketika beliau masih di peringkat usia muda.


“Saya ingin buktikan bahawa umur bukan penentu kematangan seseorang itu.


“Dulu ada yang kata bahawa saya terlalu muda (22 tahun) untuk menawan Asia, untuk dilantik sebagai ketua hakim debat peringkat dunia dan di Universiti Cambridge. Terlalu muda untuk diberikan peluang untuk mengajar di lebih 25 negara dalam dunia perdebatan, tetapi saya berjaya buktikan mereka salah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelasnya, dulu ada yang kata bahawa beliau terlalu muda (21 tahun) untuk dijadikan tenaga Pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tetapi beliau berjaya buktikan mereka salah.


“Dulu ada yang kata bahawa saya terlalu muda untuk mengepalai Pemuda Bersatu, namun Alhamdulillah, majoriti ahli kami datang dari anak muda bawah 35 tahun,” katanya yang juga merupakan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Muar.


Justeru itu, beliau menyeru agar anak muda bersama-sama dalam mencorakkan Malaysia.


“Kuasa di tangan kita. Satukan tenaga dan usaha untuk mencipta Malaysia yang baru.


“Kita akan mewarisi Malaysia tercinta, mari bersama mencorakkannya sebelum orang lain mencorakkannya untuk kita,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]