Bekas pekerja Trump diupah cakap bohong?

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Bekas penjaga pintu Menara Trump didakwa menerima bayaran berjumlah AS$30,000 (RM116,250) dari sebuah tabloid dikenali sebagai National Enquirer selepas mendakwa Presiden Donald Trump memiliki anak luar nikah hasil hubungan sulit bersama penjaga rumahnya.


Menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun.


Ketua Pengarang National Enquirer, Dylan Howard bagaimanapun mengesahkan pembayaran itu dalam sebuah rencana di laman berita selebriti, Radar Online yang turut dimiliki syarikat sama, American Media Inc (AMI).


AMI ketika dihubungi mengesahkan bayaran dibuat kepada Sajudin. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]