Griezmann belum 'lemau'

in Sukan by


DUA peluang keemasan yang dilepaskan Antoine Griezmann sewaktu bertemu Sporting Lisbon dalam aksi suku akhir kedua Piala Europa awal pagi tadi dikatakan menjadi punca Atletico Madrid tewas tipis 0-1.


Walaupun tewas, wakil Sepanyol itu tetap mara ke separuh akhir selepas terlebih dahulu mencatat kemenangan 2-0 di laman sendiri pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.


Bagi pengurus Atletico, Diego Simeone, beliau sama sekali tidak menyalahkan Griezmann atas pembaziran peluang itu, sebaliknya beliau lebih mementingkan kelab kendaliannya mara ke separuh akhir.


“Tidak wajar untuk hanya mengharapkan Griezmann untuk menjadi penentu keputusan di setiap perlawanan. Apa yang penting ialah kami tetap mara ke separuh akhir.


“Tidak dinafikan Sporting mempunyai pengurus yang hebat dan pemain yang berkualiti. Mereka berjaya memanfaatkan kekurangan kami hasil daripada kecederaan beberapa pemain dan memberikan jalan sukar untuk kami mara.


“Apa pun, saya sudah cukup gembira dapat menyingkirkan pasukan yang hebat seperti mereka dan saya tahu kami perlu lebih bersedia selepas ini kerana lawan lebih sukar akan menanti kami di kelompok empat terbaik,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]