Habuan pilihan raya

in Bisnes by


MAYBANK IB Research mengunjurkan momentum pertumbuhan perbelanjaan pengguna Malaysia akan terus kekal sehingga suku ketiga tahun ini (2Q18) susulan pengumuman ‘habuan tambahan’ kepada pengguna.


Dalam nota penyelidikannya, bank itu berkata, pertumbuhan indeks perdagangan runcit kekal melepasi lapan peratus buat bulan kelima berturut-turut, dengan pertumbuhan 8.1 peratus tahun ke tahun (Februari).


Ia berkata, pertumbuhan 8.3 peratus bagi tempoh Januari-Februari 2018 menunjukkan momentum pertumbuhan perbelanjaan pengguna yang stabil pada awal 2018, yang kini dijangkakan berterusan sehingga 3Q18.


Momentum pertumbuhan perbelanjaan pengguna pada awal 2018 disokong oleh langkah Bajet 2018, terutama pembayaran dua pertiga bonus untuk penjawat awam yang diumumkan pada Januari 2018, dan fasa pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Februari-Mac 2018.


“Pengurangan dua angka peratusan dalam kadar cukai pendapatan individu, akan mengimbangi kesan kenaikan 25 mata asas Bank Negara Malaysia bagi kadar dasar semalaman, selain sumbangan bulanan pekerja kepada dana pencen yang kembali kepada 11 peratus daripada gaji kasar pada Januari 2018,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]