Jika perang AS-China berterusan…

in Bisnes by


MINYAK sawit mentah (MSM) adalah antara komoditi yang dijangka mendapat manfaat sekiranya berlakunya perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kerana ia akan membeli lebih banyak minyak sawit, kata Pengarah Eksekutif Dunia Minyak, Thomas Mielke.


“China telah mengancam untuk bertindak balas jika AS melaksanakan cukai import ke atas produk China. Tetapi setakat ini, ancaman itu hanya pengumuman,” katanya kepada pemberita pada Seminar Jawatankuasa Penasihat Program anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Bangi.


China, pengimport kacang soya terbesar dunia dan pembeli kacang soya terbesar AS sebelum ini mengumumkan ia akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas import soya dari Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap tarif yang dicadangkan AS terhadap barang-barangnya.


“Keputusan China untuk mengenakan cukai hanya akan diputuskan pada Mei atau awal Julai,” katanya.


Mengenai prospek harga MSM, Mielke berkata, harga dijangka merosot sebanyak AS$40 hingga US$50 (US$1=RM3.87)satu tan metrik berbanding RM2,300 ketika ini. -Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]