Pas kekal 12 tawaran manifesto sedia ada

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Pas Pahang mengekalkan 12 tawaran manifesto yang diumumkan telah baru-baru ini.


Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, setakat ini parti Islam itu tidak membuat sebarang penambahan terhadap tawaran yang telah didedahkan kepada rakyat sejak Oktober tahun lalu.


“Di peringkat negeri kita kekalkan tawaran yang telah kita buat khas untuk rakyat Pahang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.


Bagaimanapun, beliau menjangkakan tawaran terbabit mampu menarik minat rakyat untuk memberi mandat kepada Pas kerana tawaran terbabit tertumpu kepada kebajikan mereka.


Katanya, tawaran yang dijangka akan menarik pengundi sudah pasti agihan tanah lot tapak rumah kepada mereka layak.


“Kalau Pas diberi mandat, kita akan sedaya upaya akan mengagihkan tanah lot rumah dengan berkeluasan bersesuaian kepada mereka yang layak.


“Ini langkah kita perlu lakukan dalam memastikan rakyat memiliki rumah impian mereka,” katanya.


Antara tawaran lain ialah, membangunkan tanah-tanah terbiar kepada belia, skim bantuan barangan makanan harian, bantuan pengajian, memperkasa sekolah menengah agama negeri, bantuan rakyat termiskin, program pengupayaan Orang Asli, bantuan haji warga emas dan Skim Takaful Rakyat.


Pada Oktober tahun lalu, Andansura turut mengumumkan dua tawaran dalam manifesto Pas iaitu bantuan perkahwinan melalui program Walimah Perdana di seluruh negeri kepada pasangan yang memenuhi kelayakan.


Tawaran seterusnya ialah dengan menubuhkan Tabung Warisan Anak Pahang untuk menjaga kebajikan anak negeri, bagi memberi sumbangan kepada ibu serta bayi bagi setiap kelahiran.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]