Pingat perak acara belantan milik Koi Sie Yan

in Sukan by


PINGAT perak acara belantan individu menjadi milik gimnas negara, Koi Sie Yan pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.


Pada aksi di Coomera Indoor Sports and Leisure Centre di sini hari ini, Sie Yan sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dan bertenaga apabila mengumpul 13.850 mata.


Pingat emas acara itu menjadi milik gimnas dari Kanada, Sophie Crane selepas mengumpul 13.950 mata manakala pingat gangsa diraih gimnas Cyprus yang mendapat 13.550 mata.


Seorang lagi gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng gagal mendapat sebarang pingat apabila berakhir di kedudukan keempat dengan 13.350 mata.


Sie Yan telah mengumpul tiga pingat perak melalui acara berpasukan, acara bola individu dan acara belantan individu.  – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]