Yakin pertolongan ALLAH

in Nasional by


SHAH ALAM – Sejurus dicalonkan sebagai calon Pakatan Harapan (Harapan) di kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan gembira.


Jelasnya, beliau sama sekali tidak akan menghampakan kepercayaan pucuk pimpinan Harapan untuk mengekalkan kerusi berkenaan.


“Insya-ALLAH dengan sokongan dan dukungan semua pihak yang mahukan peralihan kuasa politik di Putrajaya berlaku serta pertolongan daripada ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.


[ARTIKEL BERKAITAN: Amanah umum 13 calon bertanding di Kedah]


Justeru katanya, beliau akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Harapan.


Malam tadi, Amanah Kedah menamakan 13 pemimpin parti bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun untuk PRU14.


Antaranya, Mahfuz yang diumumkan mewakili Amanah di Parlimen Pokok Sena.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]