Zainol Fadzi serah kepada pucuk pimpinan

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan BN bagi menentukan sama ada beliau bakal bertanding atau tidak di Dun berkenaan pada PRU14.


Zainol Fadzi berkata soal dipilih atau tidak untuk kekal bertanding di kerusi yang disandangnya itu selama dua penggal bukanlah keutamaan kerana apa yang penting baginya adalah calon yang dipilih boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.


 “Dalam soal memilih calon-calon PRU menjadi dasar pimpinan BN akan memilih dalam kalangan mereka yang dikategorikan sebagai calon boleh menang.


 “Sudah tentu dalam soal ini saya serahkan kepada pimpinan menentukan sama ada saya terus bertanding atau tidak dan itu bukanlah isu kepada saya kerana sehingga hari ini saya masih menjalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan bantuan kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) di Kampung Sungai Batu, Parit 13A, Sungai Manik pagi tadi.

Keratan status yang dimuat naik Zainol Fadzi.


Tambahnya lagi, dipilih menjadi wakil rakyat selama dua penggal banyak memberikannya peluang membantu rakyat malah tugas berkenaan digalasnya sebaik mungkin lebih-lebih lagi apabila dilantik menjadi Exco untuk berbakti kepada negeri dan rakyat.


“Ini semua mimpi yang tak pernah saya jangkakan dan saya sudah maklumkan lebih awal bahawa saya tidak akan melobi tetapi saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat jika diberi peluang.


“Saya harap semua penyokong BN memberi keyakinan kepada parti kerana sesiapa sahaja yang dipilih untuk bertanding di Dun Sungai Manik mereka mewakili parti,” katanya.


Terdahulu terdapat ura-ura mengatakan bahawa Zainol Fadzi tidak akan bertanding di kerusi Dun Sungai Manik hingga ada yang bertanya kepadanya sama ada benar atau tidak.


Zainol Fadzi kemudian memuat naik status di laman sosial Facebook miliknya berbunyi seperti ini ‘Ramai tanya tanding lag ike? Maaf…. Saya tiada jawapan untuk itu!… Berserah pada ALLAH, saya tak melobi, meminta atau kempen untuk ke situ! Nak bagi laluan lagi ada!


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]