15,000 polis baharu akan direkrut bermula Mei

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan membuka 15,000 peluang kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk jawatan pegawai dan anggota bermula Mei ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau selaku Menteri Dalam Negeri, dalam tempoh lima tahun akan datang anak muda berpeluang menyertai pasukan polis.


“Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah membisikkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa PDRM setiap tahun akan merekrut atau pengambilan sama ada pegawai atau anggota yang baharu.


“Maka saya ingin menawarkan untuk tempoh lima tahun akan datang ini sebanyak 15,000 jawatan-jawatan di dalam PDRM untuk diberikan 100 peratus kepada anak2 muda pelbagai bangsa di negara ini,” katanya ketika berucap di Expo Pemuda 2018, di sini, hari ini.


Zahid mengalu-alukan anak muda yang cukup syarat untuk memohon jawatan yang dibuka oleh PDRM.


“Dengan syarat cukup tinggi, sihat tubuh badan, mempunyai kelulusan minima, tidak ada kes jenayah, termasuk penagih dadah tetapi setakat mat rempit kita boleh maafkan.


“Peluang 15,000 pekerjaan untuk PDRM ini bermula pada Mei ini anak muda seluruh negara,” ujar Zahid.


Beliau berkata, kerajaan mempunyai pusat latihan kepolisan yang cukup tetapi jika ditakdirkan tempat-tempat dan pusat latihan itu tidak mencukupi.


Namun atas prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), Zahid memaklumkan akan menggunakan pusat-pusat latihan tentera termasuk Pusat Latihan Asas Tentera Darat(Pusasda), Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dijadikan  pusat latihan perekrutan pegawai dan anggota polis yang baru.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]