BN Kelantan umum calon sebelum 25 April

in Politik by


KOTA BHARU – BN Kelantan akan mengumumkan calon yang bertanding dalam PRU14, sebelum 25 April ini.


Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai lengkap calon terbaik yang mewakili parti itu, dalam PRU kali ini.


“Dulu kita umum 48 jam sebelum hari penamaan calon tapi kali ini mungkin lebih awal kita berbuat demikian.


“Maknanya 25 April sudah pasti akan keluar (senarai calon), jadi saya akan umumkan sebelum hari berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dataran Tok Pa dan Astaka Padang Perdana di Jalan Dato Pati, Kota Bharu, hari ini.


Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahya Mamat dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Din Ahmad.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]