Briged Gempur Umno Indera Mahkota sedia gempur

in Edisi by


KUANTAN –   Walaupun nama  calon yang bakal bertanding di Indera Mahkota sudah diumumkan Pas, PKR dan Amanah, BN Indera Mahkota tidak gentar dan bersedia berdepan parti lawan pada PRU14.


Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, pihaknya yakin calon yang bakal mewakili parti itu juga mempunyai kelebihan.


“Kita tunggu pengumuman calon BN yang bakal mewakili parlimen dan dua Dun di sini.


“Pastinya pucuk pimpinan memilih calon terbaik bagi memastikan kita dapat merampas semula Indera Mahkota,” katanya pada Pelancaran Briged Gempur Indera Mahkota, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mazlan Mat  Rashid dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim


Mustaffar Kamal berkata, menjelang PRU14 pada 9  Mei nanti, jentera BN Indera Mahkota diingatkan supaya bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain.


Katanya, siapa pun calon yang bakal diumumkan, perlu diterima dengan baik dan meneruskan gerak kerja seperti dirancang.


“Kita perlu bersatu termasuk parti-parti komponen agar kita menang kali ini.


“Kita tidak boleh takut sebaliknya buat kerja dengan baik dan menerima keadaan ini sebagai persaingan sihat,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]