Jumlah pengguna semakin meningkat

in Bisnes by


AmBank (M) Bhd menyasar untuk menggandakan pengguna platform perbankan Internet yang dipertingkatkan, AmOnIine kepada satu juta menjelang akhir tahun.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, sejak pelancaran awalnya  pada Oktober 2017, kadar pendaftaran harian antara 400 dan 500 sehari telah meningkat kepada 1,500 sehari akhir-akhir ini.


Setakat Mac tahun ini, kita sudah mempunyai kira-kira 500,000 pengguna, katanya kepada pemberita selepas pelancaran AmOnline di Kuala Lumpur.


Sulaiman berkata, bank itu juga menjangka lebih separuh daripada jumlah pengguna yang disasarkan akan memuat turun aplikasi tersebut menjelang akhir tahun.


Kami merancang untuk mewujudkan pengalaman e-dagang yang terbaik dalam perbankan, bagi membolehkan pelanggan melabur, mendapat akses kepada pembiayaan dan memenuhi keperluan kewangan mereka sepenuhnya dalam talian.


Tawaran dalam talian kami adalah disokong analitik untuk menyampaikan pengalaman peribadi dan proaktif untuk tawaran yang betul serta pada masa yang tepat, katanya.


Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Runcit Ambank, Jade Lee berkata, platform AmOnline mencatatkan 63 peratus pertumbuhan dalam urus niaga sejak dilancarkan tahun lepas dengan urus niaga bernilai RM900 juta sebulan.


Kami berharap dapat menggandakan jumlah urus niaga menjelang akhir 2018, katanya  sambil menambah bahawa pelanggan runcit aktif bank kini berjumlah tiga juta.


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]