Kupasan Dana Amanah Sinar Harian Untuk Belia Dalam Politik

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Program Agenda Awani Malaysia Memilih akan bersiaran secara langsung bagi mengupas lebih dekat berhubung inisiatif Dana Amanah Sinar Harian Untuk Belia Dalam Politik, malam ini.


Program temubual 30 minit itu akan menampilkan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang juga selaku pengasas dan penggerak inisiatif itu, sebagai tetamu jemputan bagi menceritakan lebih lanjut berhubung objektif dan hala tuju penubuhan dana berkenaan.


Program yang dikendalikan oleh Kamarul Baharin Haron itu akan bersiaran secara langsung bermula jam 8.30 malam ini.


Dana Amanah Sinar Harian Untuk Belia Dalam Politik yang dilancarkan baru-baru ini adalah satu inisiatif proaktif bertujuan membantu dan menggalakkan golongan muda menyertai politik seterusnya memberikan dimensi yang lebih dinamik dalam arena politik tanahair.


Orang ramai boleh mengikuti siaran program itu menerusi saluran 501 atau menerusi pautan laman sesawang www.astroawani.com.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]