Nato sokong serangan terhadap Syria

in Global by


BRUSSELS – BELGIUM. Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menyatakan sokongan ke atas serangan Amerika Syarikat terhadap Syria hari ini dalam tindak balas kepada dakwaan serangan senjata kimia di Douma.


“Saya menyokong tindakan diambil Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.


“Ia mengurangkan kemampuan rejim untuk terus menyerang penduduk Syria dengan senjata kimia,” ujar Setiausaha Agung Nato, Jens Stoltenberg.


Nato menganggap penggunaan senjata kimia sebagai ancaman kepada keselamatan dan keamanan antarabangsa, dan percaya ia penting untuk melindungi Konvensyen Senjata Kimia (CWC).


Menurutnya, penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria adalah pelanggaran jelas syarat dan perjanjian antarabangsa.


Sementara itu, Turki turut menyokong serangan udara AS, Britain dan Perancis ke atas rejim Presiden Bashar al-Assad, seminggu selepas dakwaan serangan senjata kimia terhadap Douma. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]