Sembang getah di warung menarik!

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


TAMPIN – Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengambil langkah proaktif menganjurkan Program Sembang Getah Di Warung bagi mengeratkan hubungan antara pekebun kecil dan organisasi berkenaan.


Wakil program merangkap Penolong Pegawai Penyelidik LGM, Mohd Fairuz Fazli Mohd Ibrahim berkata, program berkonsepkan santai dan terbuka di warung di Kampung Pondoi itu telah berjaya menarik kehadiran hampir 200 pekebun kecil.


Menurutnya, antara isu yang diketengahkan pekebun kecil sempena program berkenaan ialah isu kejatuhan harga getah dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu berkenaan.


“Kita harap program ini bukan hanya dapat mengeratkan hubungan pekebun kecil dengan LGM, bahkan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan masalah mereka dan kita akan menjelaskan kekeliruan berkenaan.


“Malah, melalui program ini juga, kita kenalkan teknologi LGM berkaitan getah dan insentif kepada pekebun kecil getah.


“Ia antaranya Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT),” katanya sempena program berkenaan di Kampung Pondoi di sini, baru-baru ini.


Mohd Fairuz memberitahu, antara syarat utama pekebun kecil getah untuk mendapatkan insentif-insentif tersebut adalah dengan mendaftarkan diri sebagai Pemilik dan Pengusaha perlu mendapatkan Kad Permit Autoriti Transaksi Getah (Patg) di Pejabat-Pejabat LGM yang berdekatan.


Turut hadir, Pengarah LGM Wilayah Tengah, Rabiah Mohd Yusof; Pengarah LGM Negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (NSWP), Abd Latip Dalib dan Pengerusi JKKK Kampung Pondoi, Razak Sulaiman.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]