Serangan ke atas Syria ancam keamanan antarabangsa

in Global by


KUALA LUMPUR – Serangan bersepadu ke atas Syria oleh Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa, kata Yayasan Gerakan  Kesederhanaan Global (GMMF).   


Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasharudin Mat Isa berkata situasi itu tidak saja mengancam rantau berkenaan, malahan daerah luarnya, oleh kerana tidak ada solusi tentera dapat menyelesaikan konflik berkenaan.


Dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan relevan dalam masyarakat antarabangsa mempertingkat usaha ke arah membantu mewujudkan  penyelesaikan damai terhadap konflik yang sedang berlaku.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100 peluru berpandu dibedil ke Syria ]


Pada Jumaat, Presdien AS Donald Trump bersama Britain dan Perancis dilaporkan melancarkan  serangan udara bersepadu ke atas Syria atas alasan menghukum rejim itu kerana melakukan serangan senjata kimia.


Pengumuman itu dibuat Trump dalam ucapan lewat malam dari White House pada Jumaat. -Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]