'Terpulanglah nak lantik siapa..'

in Sukan by


ANTONIO Conte menegaskan beliau tidak berminat untuk menjawab khabar angin Chelsea sedang merisik pengurus Napoli, Maurizio Sarri sebagai penggantinya musim depan.


Pengurus berbangsa Itali itu berkata, beliau tidak mahu melayan apa jua spekulasi mendatang, sebaliknya mahu terus fokus menghabiskan sisa-sisa musim ini bersama The Blues.


“Bukan tugas saya untuk menjawab pertanyaan itu. Harus ingat, untuk posisi ini (pengurus) pastinya akan ada pelbagai spekulasi yang akan timbul. Bukan hanya saya, tetapi juga kepada pengurus-pengurus lain.


“Bagi saya, yang paling penting ialah untuk memperbaiki kedudukan pasukan dan mengakhiri musim ini di kedudukan yang terbaik,” katanya.


Kerusi yang diduduki Conte sekarang nyata tidak selamat selepas pasukan itu sekadar menduduki tangga kelima setakat ini dan berpotensi terlepas slot beraksi di Liga Juara-juara Eropah musim depan.


Difahamkan, pihak pengurusan Chelsea semakin mendekati Sarri selepas melihat aksi cemerlang beliau membawa Napoli mengakhiri saingan liga di tiga tangga teratas berturut-turut sejak tahun 2015.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]