Trump arah serang kemudahan senjata kimia rejim Assad

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan serangan dilancarkan secara spesifik disasarkan kepada kemudahan senjata kimia rejim Bashar al-Assad hari ini.


Ia susulan serangan menggunakan gas klorin rejim Assad yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.


Menurut Trump, serangan menggabungkan pasukan tentera milik AS, Perancis dan Britain itu sedang dalam persiapan dan ia akan diteruskan sehingga Syria menghentikan penggunaan senjata kimia.


“Beberapa ketika yang lalu saya mengarahkan pasukan tentera AS melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran membabitkan kemudahan senjata kimia milik diktator Bashar al-Assad.


Serentak dengan pengumuman dibuat Trump, beberapa letupan lain turut kedengaran di Damsyik.


“Tujuan tindakan kami ini ialah untuk mewujudkan kekangan yang kukuh terhadap pengeluaran, pengedaran dan penggunaan senjata kimia,” katanya. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]