BN PP lancar manifesto, janji enam teras

in Politik by


SEBERANG JAYA – BN Pulau Pinang melancarkan manifesto PRU14 yang dinamakan sebagai Manifesto Selamatkan Pulau Pinang yang disempurnakan pengerusinya, Teng Chang Yeow di sini.


Pelancaran itu turut dihadiri pemimpin tertinggi BN Pulau Pinang serta lebih 3,000 penyokong parti tersebut.


Manifesto tersebut berteraskan enam perkara utama iaitu penyelesaian masalah banjir dan bukit botak dalam tempoh tiga setengah tahun, penyelesaian masalah perumahan rakyat dengan pembinaan 65,000 unit rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun.


Selain itu, perkara seterusnya merupakan penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas dalam tempoh tiga tahun serta pembangunan ekonomi antaranya mempertingkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Pulau Pinang melalui pelbagai pendekatan.


BN Pulau Pinang juga menjanjikan kesejahteraan rakyat yang meliputi menghapuskan surcaj air dan tiada kenaikan tarif air pada kediaman selama lima tahun.


Janji terakhir yang diikrar BN Pulau Pinang adalah meningkatkan sektor pelancongan dan warisan antaranya mengehadkan penjualan bangunan warisan kepada warga asing.


 


 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]