Cikgu makin selesa dengan Umno

in Politik by


PASIR MAS – Umno Kelantan semakin mendapat tempat di hati golongan pendidik di negeri ini sekali gus memberikan sedikit kelebihan kepada parti itu menjelang PRU14.


Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perubahan itu hasil gerak kerja turun padang yang tidak putus-putus dilakukan oleh parti itu untuk bertemu dengan golongan terbabit.


“Alhamdulillah berkat kerja keras Umno semakin diterima baik oleh golongan berkenaan.


“Hasil kajian yang kita dapati, semakin ramai golongan pendidik mula menyatakan sokongan terhadap Umno,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-13 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di sini, semalam.


Menurutnya, situasi itu memberikan keyakinan lebih kepada pihaknya untuk terus bekerja lebih keras bagi memastikan berlakunya perubahan di negeri ini pada masa hadapan.


Katanya, sudah tiba masanya perubahan berlaku di Kelantan bagi memastikan lebih banyak limpahan dapat diberikan kepada rakyat.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]