Kebakaran hutan Australia ancam penduduk

in Global by


NEW SOUTH WALES – AUSTRALIA. Beratus anggota bomba Australia dikerahkan bagi memadam kebakaran hutan yang menjejaskan perumahan di pinggir bandar Sydney.


Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales (RFS) berkata angin kencang menyebabkan api semakin marak menuju ke kawasan kawasan pinggir bandar terutama di bahagian utara dan timur.


Sesetengah penduduk telah diarah mencari tempat perlindungan kerana pemindahan kini terlalu berbahaya.


Lebih 70 peralatan mencegah kebakaran ditempatkan di sepanjang jalan yang memisahkan kawasan hutan dan perumahan sementara helikopter menyiram air ke kawasan yang terbakar sejak semalam.


Polis New South Wales mengisytiharkan ia kawasan bencana namun terlalu awal untuk mengetahui punca kebakaran.


Perdana Menteri Malcolm Turnbull memuji tindak balas kecemasan dan menyeru kerjasama semua pihak bagi menangani situasi tersebut. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]