Mara terus wujud selagi Umno-BN berkuasa

in Nasional by


SUBANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus wujud dan berkembang selagi kerajaan pimpinan Umno dan BN berkuasa.


Najib turut menggariskan empat sebab yang akan memastikan Mara terus menjadi sebuah institusi kebanggaan Bumiputera.


“Sebab pertama, kewujudan Mara dekat di hati saya kerana pengasas Mara ialah ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Bagi saya, Mara sebati dengan perjuangan Tun Abdul Razak dan saya sebagai anak sudah pasti akan teruskan kesinambungan ini,” katanya ketika berucap di Himpunan Saya Anak Mara bertema Menggengam Langit Biru, di sini, hari ini.


Najib berkata, sebab kedua ialah kerana kewujudan Mara ada kaitan dengan perlembagaan Umno yang tertulis jelas bahawa hak Melayu dan Bumiputera akan terus diperjuangkan.


“Mara adalah wahana dan wadah penting untuk merealisasikan perjuangan orang Melayu,” katanya.


Selain itu, katanya, dasar Bumiputera dan agenda Melayu merupakan agenda nasional.


Manakala, sebab keempat pula kata beliau, jutaan anak Mara di seluruh tanah air yang sebahagian besarnya memegang jawatan penting adalah asas politik kepada Umno dan BN.


“Kalau kita nak tergelincir daripada landasan perjuangan tersebut, saya percaya jutaan anak-anak Mara takkan izinkan. Berbeza dengan pihak di belah sana.


“Mereka kalau lihat ada institusi yang tak selaras dengan konsep Malaysian Malaysia, mereka pasti akan melakukan sesuatu terhadap institusi ini,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]