Orang muda tidak pilih pemimpin sembarangan

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDARAYA MELAKA – Golongan muda di negeri ini hanya memilih pemimpin yang boleh menjamin kehidupan mereka pada masa hadapan.


Pengerusi Barisan BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau yakin golongan terbabit semakin bijak memilih dan tidak akan menyokong pemimpin sebarangan.


“Orang muda menyokong orang yang ada ‘performance’ (prestasi), mempunyai kualiti perkhidmatan serta mengotakan janjinya. Orang muda tidak sokong suka-suka, mereka menyokong siapa yang boleh beri jaminan hidup lebih baik di masa hadapan.


“Saya pun pernah muda, saya tahu perasaan orang muda,” katanya.


Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Harapan Melaka, Mohd Rafiq Naizamohidden yang menyatakan golongan muda di negeri ini akan membantu gabungan pembangkang mencatat kemenangan di beberapa kerusi Dun pada PRU14 ini.


Pemimpin Harapan itu juga yakin parti itu dijangka mendapat sokongan hampir separuh pengundi berusia antara 35 dan 50 tahun.


Tambah Idris, BN juga turut mengetengahkan orang muda di kalangan pemimpin mereka dan yakin ia juga sebagai satu tarikan bagi golongan muda untuk memilih pemimpin terbabit.


Idris ditemui selepas melawat bayi yang lahir pada hari ini sempena sambutan Ulang Tahun ke-15 Bandaraya Melaka Bersejarah di Wad Bersalin Hospital Melaka di sini, tadi


Turut hadir, isterinya, Datin Seri Fadilah Abdullah, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Datuk Latipah Omar dan Pengarah Hospital Melaka, Dr. Hatijah Mohd Tan.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]