Radhi Mat Din calon Pas Parlimen Pokok Sena

in Edisi Utara by


KUALA KEDAH – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama tiga calon bertanding di Kedah pada PRU14 nanti.


Nama calon diumumkan awal ialah lagenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, 53, bertanding di Parlimen Pokok Sena.


Ahli farmasi, Muhamad Riduan Othman, 43, pula diumum calon Parlimen Kuala Kedah.


Seterusnya, Pesuruhjaya Pas Kedah, Fakhrudin Sheikh Fakhrurazi menjadi calon untuk kerusi Dun Pengkalan Kundur.


Pengumuman itu dibuat pada ceramah Gelombang Hijau Kedah di Markas Pas Cawangan Alor Ibus, Jalan Batas Paip, di sini, malam tadi.


Pengumuman kesemua senarai calon Pas Kedah akan diumumkan pada 19 April ini.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]