Tokan dadah, dua rakan ditahan

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Tiga lelaki dipercayai tokan dadah tidak sempat melarikan diri dalam serbuan dijalankan dekat sebuah rumah di Kampung Pengkalan Bukit Kechil, Tikam Batu pagi tadi.


Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, turut ditemui dalam serbuan ialah dadah jenis metafetamin anggaran berat 99.5 gram dan dadah jenis opiat anggaran berat 44 gram.


Menurutnya, antara barang rampasan lain ialah wang tunai berjumlah RM502 disyaki hasil urus niaga haram.


“Ketiga-tiga ada dalam bilik sebelum cuba melarikan diri setelah menyedari dikepung. Mereka cuba memecahkan tingkap bilik untuk keluar, namun berjaya ditahan anggota penguat kuasa,” katanya.


Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia antara 30  hingga 40-an di mana serbuan dijalankan hasil risikan sejak seminggu selain makluman awam.


Kesemua mereka diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]