Vivian, Mei Kuan sumbang emas ketujuh negara

in Sukan by


GANDINGAN Vivian Hoo-Chow Mei Kuan memenangi emas acara beregu wanita badminton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 selepas menewaskan wakil England, Lauren Smith-Sarah Walker, 21-12, 21-12 pada aksi final sebentar tadi.


Ini adalah emas ketujuh buat kontinjen negara pada temasya ini.


Kejayaan itu juga membolehkan Malaysia mencapai sasaran ditetapkan iaitu mengatasi pencapaian enam pingat emas di Glasgow, empat tahun lalu.


Terdahulu, Datuk Lee Chong Wei turut memenangi emas buat negara selepas menewaskan pemain India, Srikanth Kidambi, 19-21, 21-14, 21-14 pada aksi final perseorangan lelaki.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]