Machang lokasi strategik

in Nasional by


MACHANG – Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah negeri Kelantan, Machang dilihat mempunyai kelebihan berbanding daerah-daerah lain, namun sebaliknya berlaku apabila pembangunan di sini agak perlahan berbanding jajahan berdekatan.


Machang bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, manakala sebelah selatannya adalah Jajahan Kuala Krai. Tanah Merah pula di sebelah barat dan Pasir Puteh, di sebelah timur.


Ada yang menyifatkan bandar Machang sebagai bandar ‘koboi’ yang sunyi sepi selepas waktu pejabat dan rata-rata penduduk di sini memilih daerah terdekat bagi tujuan membeli-belah dan juga makan-makan bersama keluarga pada waktu malam.


Kebanyakan penduduk di sini memilih Tanah Merah sebagai destinasi utama mereka memandangkan pelbagai kemudahan boleh didapati di daerah tersebut terutamanya dengan pembangunan Bandar Baharu Taman Harmoni yang terletak di sempadan Machang-Tanah Merah.


Kerusi parlimen antara BN dan parti lawan yang sering bertukar tangan dilihat antara faktor yang turut menyumbang kepada keadaan ini sekali gus menjadikan Machang seolah-olah bandar ‘mati’.


PRU13 beri nafas baharu


Bagaimanapun selepas PRU13, Jajahan Machang seolah-olah diberi nafas baharu dalam soal pembangunan apabila BN diberi mandat bagi kerusi parlimen yang mana disandang Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.


Antara pembangunan yang jelas dapat dilihat pada hari ini adalah pembinaan Jalan Tok Bok – Selising, pembinaan 418 unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), pembinaan dan baik pulih masjid-masjid serta kompleks perpaduan.


Selain pembangunan fizikal, Ahmad Jazlan turut menitikberatkan soal pembangunan modal insan dengan mengutamakan pendidikan dalam kalangan generasi muda.


Pelbagai program dilaksanakan termasuk menyediakan kelas tuisyen percuma kepada pelajar berpotensi namun kurang berkemampuan selain turut membawa program-program berteraskan pembangunan pendidikan termasuk Program Latihan Akademik Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).


Pembangunan demi pembangunan khususnya membabitkan kemudahan asas dan keperluan ramai dilaksanakan Ahmad Jazlan, lebih-lebih lagi apabila beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dua tahun selepas dipilih sebagai ahli parlimen.


Antara usaha awal Ahmad Jazlan ialah mewujudkan Pusat Transformasi Ilmu di kediamannya sendiri di Bukit Tiu, diikuti pembinaan masjid bagi tujuan pengajian agama dan kini dalam pembinaan, pusat tahfiz khusus untuk golongan kurang berkemampuan menimba ilmu agama dan bergelar hafiz.


Pusat Transformasi Ilmu menjadi hab pendidikan terpenting anak Machang di peringkat rendah, menengah dan tinggi yang tidak pernah sunyi dengan penganjuran pelbagai aktiviti.


Turut diberi tumpuan usaha membaik pulih serta menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur awam terutama terutama jalan-jalan luar bandar, sistem perparitan, menaik taraf kemudahan air tandak dan lampu jalan.


Baru-baru ini pula, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk projek pembinaan telaga tiub, tangki air menara serta pemasangan paip utama di Temangan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]