Mana waris Muhammad Faris Christopher?

in Edisi Johor by


KULAI – JKM meminta bantuan orang ramai mengesan waris seorang lelaki yang ditemui berseorangan diri dan dalam keadaan tidak bermaya di hentian bas Kulai, di sini pada 19 Mac lalu.


Pegawai JKM Kulai, Mohd Iskandar Abu Bakar berkata, lelaki berkenaan adalah Muhammad Faris Christopher Abdullah, 46, berketurunan Hakka, Tionghua.


“Orang ramai yang bersimpati dengan keadaannya kemudian menghantarnya ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) dan kemudiannya hospital tersebut merujuk kes berkenaan kepada JKM.


“Difahamkan dalam tempoh mendapatkan rawatan, dia tidak dikunjungi waris atau kenalannya. Kini keadaan kesihatan Muhammad Faris Christopher dalam keadaan stabil dan dibenarkan untuk pulang ke rumah,” katanya.


Mohd Iskandar berkata, bagaimanapun, lelaki tersebut tidak dapat keluar dari hospital kerana mengalami masalah hilang ingatan selain turut menghadapi masalah pertuturan.


“Dia juga tidak mampu membaca mahupun menulis dan perkara itu menimbulkan kesulitan kepada JKM bagi mengesan warisnya.


“Mengikut maklumat di kad pengenalan, alamat terakhir lelaki itu adalah 40-3C, Jalan Pinggiran 2/2, Pinggiran Batu Caves,  68100 Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor,” katanya.


Beliau berkata, semakan yang dilakukan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati lelaki berkenaan sudah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.


“Alamat terakhir warisnya adalah di Sabah, namun pihak kami tidak dapat mengesan mereka kerana dipercayai sudah berpindah.


Lelaki berkenaan juga didapati sudah berpisah dengan isterinya.


“Kami berharap waris lelaki berkenaan menghubungi kami di talian 076622990 atau tampil segera untuk berbincang bagi tindakan lanjut.


Muhammad Faris Christopher memiliki kulit sawo matang, berbadan kurus dan berjambang,” katanya. 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]