Raja Salman sumbang RM582 juta kepada Baitulmaqdis

in Global by


DHAHRAN – ARAB SAUDI. Raja Arab Saudi, Raja Salman mengumumkan pemberian sumbangan AS$150 juta (RM582 juta) bagi tujuan penyelenggaraan peninggalan warisan Islam di Timur Baitulmaqdis.


“Arab Saudi mengumumkan geran AS$150 (RM582 juta) untuk membantu menyokong pentadbiran hartanah Islam di Baitulmaqdis,” kata baginda ketika pembukaan persidangan Liga Arab semalam.


Raja Salman turut mengulangi pendirian, menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Bailtulmaqdis.


“Timur Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada wilayah Palestin,” kata Raja Salman ketika berucap.


Malah baginda menamakan Sidang Kemuncak Liga Arab ke-29 sebagai “Sidang Kemuncak Baitulmaqdis”,  tanda ingatan bahawa Palestin sentiasa di hati masyarakat Arab.- AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]