
IPOH – Amanah Perak menamakan 16 pemimpin parti bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dun untuk PRU14.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi di Wisma Amanah Perak, Greentown Nova hari ini.
Menurutnya, kebanyakan calon adalah dari kalangan profesional bagi pelbagai peringkat usia selain menampilkan masing-masing seorang calon wanita dan seorang calon bukan Melayu.
“Walaupun yang bertanding calon parti Amanah, kita telah bersetuju di peringkat nasional dan negeri untuk menggunakan lambang PKR bagi mewakili Pakatan Harapan.
“Kita sebulat suara dan sepakat menggunakan satu lambang bagi merealisasikan hasrat rakyat untuk menentang BN satu lawan satu,” katanya.
Beliau berkata, empat kerusi parlimen yang akan menjadi taruhan Amanah iaitu Parit Buntar, Kuala Kangsar, Parit dan Lumut manakala Selama, Titi Serong, Selinsing, Changkat Jering, Kamunting, Sungai Rapat, Air Kuning, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Rungkup, Behrang dan Manjoi adalah Dun yang bakal ditandingi mereka.
Katanya, daripada jumlah itu, lapan calon Dun adalah muka baharu yang menggalas tanggungjawab untuk memenangkan Harapan Perak pada PRU nanti.
“Speaker Angkatan Wanita Amanah Nasional, Zaiton Latiff adalah calon wanita yang akan bersaing di Dun Kampung Gajah manakala Tan Seng Toh, Naib Pengerusi Amanah Perak bakal bertanding di Dun Ayer Kuning,” katanya.
Asmuni berkata, ketua pembangkang Dun Perak yang juga Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan bertanding di Dun Sungai Rapat.
Jelas beliau, Amanah yakin kesemua calonnya akan menang di kerusi masing-masing untuk memastikan mereka menjadi penyumbang kepada kemenangan Harapan Perak untuk membentuk kerajaan.
Senarai calon
PARLIMEN
Parit Buntar – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Kuala Kangsar – Dr Ahmad Termizi Ramli
Parit – Tarmizi Mohd Jam
Lumut – Dr Mohd Hatta Md Ramli
DUN
Titi Serong – Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
Selinsing – Ahmad Saqid Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
Selama – Razali Ismail
Changkat Jering – Ir Megat Shariffuddin Ibrahim
Kamunting – Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin
Manjoi – Asmuni Awi
Sungai Rapat – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Ayer Kuning – Tan Seng Toh
Kampung Gajah – Zaiton Latiff
Pasir Panjang – Yahaya Mat Nor
Rungkup – Hatim Musa
Behrang – Aminuddin Zulkipli
Source: SH Edisi Perak
[featured-video-plus]