'Ambo nok Datuk Nozula'

in Edisi by


GUA MUSANG – “Ambo nok Datuk Nozula, tok se tok wokil lain,” luah warga emas dari Kesedar Chalil yang menerima bantuan kerusi roda sumbangan Yayasan Felda, semalam.


Menurut Che Eshah Haron, 73, sepanjang pengalaman mengundi, dia hanya memberi undi kepasa Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, sebagai cara menghargai jasa wakil rakyat berkenaan.


“Saya datang ke Chalil sebagai peneroka. Banyak yang saya dan suami lalui dari segi kesukaran dahulu hinggalah sekarang.


“Walaupun kini saya sudah tidak mampu berjalan lagi, namun kebajikan tetap diberi keutamaan,” katanya selepas menerima kunjungan isteri Nozula, Datin Mastura Osman di rumahnya.


Tambah Che Eshah, dia mula terlantar sejak dua tahun lalu selepas insiden terlanggar babi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.


“Selepas kejadian itu, saya tidak dapat berjalan dan kaki mula mengecil. Saya hanya mampu mengesot di dalam rumah untuk menguruskan diri. Suami juga uzur kerana sakit tua,” katanya.


Sementara itu, Mastura berkata, hampir semua kawasan di Dun Paloh menerima sumbangan kerusi roda bagi meringankan beban pesakit yang memerlukan.


“Hari ini (semalam), seramai dua orang di Kesedar Chalil menerima bantuan ini iaitu Che Eshah dan Tuan Aishah Tuan Lonik, 67.


“Diharapkan dengan bantuan ini, mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]