Hormati masyarakat berbilang bangsa

in Politik by


BENTONG – Datuk Seri Liow Tiong Lai mengajak seluruh rakyat Malaysia memahami budaya masyarakat di negara ini.


Presiden MCA itu berkata, usaha itu memupuk rasa hormat dalam masyarakat berbilang bangsa seperti Malaysia.


Menurutnya, beliau sendiri tertarik dengan keunikan budaya masyarakat Sikh di negara ini seperti sambutan Hari Vaisakhi kerana ada keistimewaan tersendiri.


“Seperti perayaan kaum lain, sambutan Vaisakhi yang diadakan sekali setahun tentunya menimbulkan kemeriahan bukan sahaja kepada masyarakat Sikh di negara ini, malah kegembiraan itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


“Lebih penting lagi, saya percaya sambutan Vaisakhi dapat memperkukuh ikatan persaudaraan penganut Sikh dan marilah kita bersama-sama mengekalkan keharmonian ini,” katanya.


“Perayaan ini menjadi sebahagian perayaan kaum lain di negara kita, tak kira Melayu, Cina dan India. Kita dapat berkumpul bersama.


Sementara itu, Tiong Lai berharap agar sambutan perayaan dapat dilaksanakan setiap tahun kerana dapat menarik lebih ramai pelancong,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]