Pengerang bakal jadi pusat ekonomi serantau

in Nasional by


PENGERANG – Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) yang berkeluasan lebih 8,000 hektar merupakan sebuah projek jangka panjang, akan menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara (GDP) Johor dan GDP Malaysia, serta serantau.


Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang, Bukhari Abd Rahman berkata, pembangunan dibina di Pengerang, Dialog antara contohnya bukan untuk keperluan syarikat-syarikat di Johor dan Malaysia tetapi ia untuk syarikat bertaraf nasional


serta global.


Menurutnya, sebab itulah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri menekankan bahawa Pengerang akan menjadi


pusat ekonomi serantau di masa depan.


“Dengan perancangan dan apa yang sedang berlaku, saya rasa perkara ini akan menjadi realiti, sebab itu semua pihak kena bekerja keras dari segi menyediakan keperluan yang mungkin diperlukan pelabur dan penduduk yang akan tinggal di sini.


“Sebagai PBT, sememangnya kita cukup prihatin untuk kenal pasti keperluan penduduk, bakal penduduk, pelabur dan bakal


pelabur yang perlu kita sediakan,” katanya.


Beliau berkata, dua projek suku mega sedang berlangsung di Pengerang menjadikan kawasan tersebut istimewa berikutan pembangunan itu tidak berlaku di kawasan lain.


Katanya, ia termasuklah projek PIPC yang mempunyai pelaburan melebihi RM27 bilion dan sebagaimana dimaklumkan, pihak syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco bersetuju untuk menjadi rakan kongsi Petronas.


Sementara katanya, satu lagi projek tidak kurang hebatnya dibangunkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melalui Desaru Coast, di mana terdapat taman tema, Hard Rock Hotel.


“Kita dimaklumkan jumlah pelaburan untuk projek ini lebih RM4 bilion, yang mana projek ini mula dibuka kepada orang ramai mulai Jun ini.


“Melihat kepada cadangan yang kita terima, Pengerang akan berubah di kawasan selatan dengan adanya Rapid, merupakan hab minyak dan gas dan menjadi ‘Rotterdam of the East’.


“Sementara di kawasan sebelah utara sedikit ataupun sekarang kita panggil Desaru adalah kawasan suatu masa nanti menjadi ‘Venice of the East’, sekali gus menjadikan Pengerang bakal memiliki dua komponen utama penting,” katanya.


Bukhari berkata, beliau amat berharap agar Pejabat PBT Pengerang. pembangunan rancak yang berlaku direbut penduduk tempatan


supaya masyakat tidak sekadar menjadi pemerhati.


Katanya, sekurang-kurangnya pihak hotel resort mengambil pekerja dalam kalangan penduduk tempatan, begitu juga projek Rapid, yang mana jika mempunyai keperluan pekerjaan akan mengutamakan penduduk.


“Tetapi isu yang utama adalah persediaan rakyat tempatan untuk penuhi keperluan tenaga dalam dua industri ini iaitu minyak


dan gas serta pelancongan.


“Kalau melihat kepada landskap Pengerang pada masa depan dengan adanya dua projek ini, akan ubah hampir keseluruhan landskap Pengerang.


“Ia termasuklah dari segi ekonomi, sosioekonomi, persekitaran berubah dengan cukup besar. Malah kalau kita lihat kawasan sekarang dibangunkan sebagai hab petroleum dan gas dahulunya perkampungan nelayan.


Disebabkan adanya pelaburan yang sebegini besar kita lihat apa yang berlaku di Rapid, kita dapati kini suasana berbeza dan


begitu juga industri pelancongan,” katanya.


Jelasnya, Desaru sebelum ini memang terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi apa yang sedang cuba dilakukan di peringkat ini adalah jauh berbeza dengan Desaru sebelum ini.


Katanya, pembangunan yang berlaku di Desaru adalah satu projek yang melengkapi kepada projek industri minyak dan gas dibangunkan di selatan Pengerang.


Pembangunan yang rancak juga berjaya mengubah keadaan dan suasana di Pengerang dari segi kedai, dari segi jualan yang semakin bertambah dan peniaga pula dapat limpahan secara langsung daripada projek dilaksanakan.


“Kita dapat lihat dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, begitu banyak projek baru dibangunkan di Pengerang, sama ada perumahan atau komersial, projek perindustrian dan pelancongan. Secara keseluruhan telah ubah landskap.


“Dengan jumlah pelaburan besar, tiada mana-mana wilayah terdekat terima pembangunan sebegini besar, pembangunan dengan


jumlah pelaburan besar oleh Petronas dan sekarang ada penglibatan oleh Aramco pula,” katanya.


 


…………


 


Kapsyen:


1. BUKHARI


2. Pejabat PBT Pengerang.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]