Pengerang makin moden

in Nasional by


PENGERANG – Pengerang hari ini bukan sekadar satu kawasan yang biasa di Kota Tinggi. Bandar tersebut bukan sahaja sedang bergerak menjadi pusat ekonomi berkepentingan nasional, malah bakal menjadi pusat ekonomi berkepentingan serantau.


Pengerang terpilih sebagai salah satu daripada Hab Bersepadu Industri Minyak dan Gas di Malaysia.


Kedudukan dan keadaan geografi bumi Pengerang menjadikannya lokasi paling strategik bagi pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) seluas 8,000 hektar.


Semua ini akan menjadikan Pengerang nadi ekonomi yang luar biasa, bukan sahaja kepada Kota Tinggi atau Johor, tetapi juga kepada Malaysia.


Kehadiran pembangunan PIPC ternyata berjaya menukar wajah Parlimen Pengerang termasuklah dari segi penambahbaikan infrastruktur yang ada.


Dari jalan dua hala, kini dapat dilihat jalan menuju ke Pengerang dari Bandar Penawar sudah menjadi empat lorong.

IKBN di Bandar Penawar.


Bukan itu sahaja, Pengerang suatu masa dahulu terutama di Bandar Penawar hanya dikenali berikutan terdapatnya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), sekolah berasrama penuh dan juga pantainya.


Jika dahulu kiri kanan hanya dapat lihat pokok-pokok, namun kini Bandar Penawar dari jauh sudah boleh dilihat adanya bangunan tinggi hotel Amansari yang tersergam megah.


SKS Mall adalah pasar raya besar pertama dibina di kawasan berkenaan, juga ternyata sudah cukup menggembirakan penduduk berhampiran kerana mereka tidak perlu lagi ke bandar Kota Tinggi untuk berbelanja.


Parlimen Pengerang terus menerus menerima pembangunan termasuklah pembinaan taman tema air Desaru Coast. Kedua-dua projek besar itu sudah pastinya bakal membawa lebih banyak pembangunan dan perubahan landskap di Parlimen ini, sekali gus menjadikan ia penting kepada Johor, malah kepada negara terutama sumbangannya dari segi ekonomi melalui PIPC.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]