Pengumuman calon Bersatu di Johor tangguh

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Pengumuman bakal calon Bersatu Johor yang bakal menghadapi PRU14 ditunda ke 19 April ini berikutan beberapa perkara yang masih belum diselesaikan.


Pengarah Media Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, pengumuan tersebut akan dibuat pada tarikh tersebut setelah segala urusan selesai.


“Kita patutnya umum hari ini, tetapi ada masalah teknikal yang berlaku.


“Terpaksa ditunda dahulu kerana ada masalah belum selesai, pengumuman calon ini akan dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pada 19 April di Pagoh,” katanya.


Terdahulu, satu majlis pengumuman calon telah dibuat Pejabat Bersatu Johor, di sini yang turut dihadiri kira-kira 300 ahli parti berkenaan.


Kesemua mereka kemudiannya pulang setelah menerima maklumat yang majlis pengumuman tersebut tidak dapat dilakukan pada hari ini.


Sementara itu, Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Osman Sapian berkata, sebanyak 28 kerusi Parlimen dan Dun akan diumumkan pada tarikh tersebut.


“Bersatu akan membahagi kerusi calon kepada empat calon wanita, dua pemuda dan tujuh bekas ahli Umno.


“Selebihnya kita akan ada calon muka baharu,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]