Perusuh maut protes rogol bertukar ganas

in Global by


KARACHI – PAKISTAN. Sekurang-kurangnya seorang lelaki maut, manakala beberapa yang lain cedera dalam rusuhan di bandar terbesar di Pakistan hari ini, susulan kes rogol dan bunuh membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.


Dalam kejadian berkenaan, orang ramai bertindak menyerang polis anti rusuhan menggunakan batu di pinggir Orangi Town di barat Karachi, selepas penemuan mayat mangsa, lewat malam Isnin.


“Seorang lelaki terbunuh selepas terkena tembakan,” kata Ketua Polis Daerah, Amir Farooqi sambil menambah pihaknya masih menyiasat identiti penembak.


Kes berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai, khususnya ahli keluarga mangsa yang mendakwa ia tidak ditangani dengan baik oleh pihak polis.


Laporan perubatan menunjukkan kanak-kanak malang itu diserang secara seksual dan dicekik sehingga mati. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]