Seorang kru masih hilang

in Edisi Sabah Sarawak by


KUALA LUMPUR – Seorang anggota kru kapal MV Geo Technical yang terbakar di perairan luar pantai Kuala Baram dekat Miri, Sarawak awal hari ini masih belum ditemui, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).


Yang lain daripada sejumlah 38 anggota kru telah tiba dengan selamat di Miri, dengan dua orang cedera dan dihantar ke Hospital Besar Miri.


“Petronas dukacita menyatakan bahawa seorang anggota kru di kapal MV Geo Technical, yang terbakar pada 3.15 pagi, masih belum ditemui,” kata syarikat minyak dan gas multinasional itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Katanya, kebakaran itu telah dapat dipadamkan dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.


Kapal tersebut, dimiliki oleh Asian Geos Sdn Bhd, ketika itu sedang menjalankan kajian geo-teknikal untuk Petronas, 27km di perairan luar pantai Baram.


Anggota kru yang masih hilang itu adalah staf Asian Geos.


Petronas sedang bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan pihak lain berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat, dan memberikan bantuan sepenuhnya kepada mereka yang terjejas akibat insiden itu.- Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]