Tujuh maut ketika berlatih gamelan

in Global by


CIAMIS – INDONESIA. Sekurang-kurangnya tujuh maut ditimpa sisa runtuhan rumah burung walet di Jawa Barat, semalam.


Polis berkata, sisa runtuhan itu menghempap sekumpulan pelajar yang sedang melakukan latihan rutin di studio seni yang terletak bersebelahan rumah burung walet berkenaan.


Kejadian malang itu berlaku di Desa Gegesik Wetan di Cirebon.


“Ketika kejadian ada sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Gegesik sedang berlatih gamelan.


“Tiba-tiba dinding studio runtuh menyebabkan tujuh terbunuh dan dua lagi cedera parah,” kata Ketua Polis Cirebon, Asisten Komisioner Risto Samodra.


Jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing. – DetikNews


Source: SH Global

[featured-video-plus]