Watie's Collections mahu tambah butik

in Bisnes by


BUTIK Watie’s Collections merancang untuk memperluaskan perniagaannya dengan menambah beberapa cawangan menjelang 2020, sekali gus mengukuhkan jenama pakaiannya.


Pemiliknya, Nor Syafafwati Arifin berkata, perancangan untuk memperluaskan perniagaan itu adalah sejajar dengan usahanya untuk mengukuhkan segmen baju Muslimah dan rekaan lain sedia ada untuk dipakai jenamanya yang mempunyai permintaan tinggi tanpa mengira musim.  


Menurutnya, perancangan untuk memperluaskan butiknya itu sedang dilakukan dengan memilih lokasi yang bersesuaian antaranya Bangi, Selangor dan sekitar Lembah Klang.


“Setakat ini, butik Watie’s Collections terletak di Shah Alam, Selangor menampilkan pelbagai rekaan yang eksklusif untuk wanita yang sedia untuk dipakai, malahan kami turut menerima tempahan.


“Kebanyakan pelanggan Watie’s Collections dari seluruh Malaysia akan terus datang ke butik kami untuk mendapatkan koleksi yang mereka inginkan. Kami merancang mewujudkan pengedar Watie’s Collections pada 2019 bagi memudahkan pelanggan mendapatkan koleksi kami,” katanya pada sidang media Watie First Anniversary: Collections/Exclusive Raya Preview di Kuala Lumpur.


Nor Syafafwati berkata, setakat ini, Watie’s Collections mempunyai 40 koleksi dengan menawarkan harga yang berpatutan dan lapan daripadanya merupakan rekaan khas sempena Aidilfitri.


“Bertemakan Semanis Lebaran 2018, Watie’s Collections menampilkan koleksi berinspirasikan moden dan tradisional bagi mencetuskan keunikan tersendiri buat mereka yang mementingkan gaya tapi masih mahu mengekalkan tradisi.


“Kami menampilkan koleksi lebaran dengan pemilihan warna yang lembut dan fabrik tidak panas dan selesa dipakai bila-bila masa dan di mana saja. Kami juga tampilkan beberapa koleksi untuk lelaki dan kanak-kanak dengan padanan warna sedondon,” katanya.


Tambahnya, Watie’s Collections mahu mengekalkan tradisi yang penuh kelembutan dan kesopanan.


“Kami menyasarkan jualan pada tahun ini mencecah RM500,000 sepanjang musim perayaan, harga yang kami tawarkan bermula RM69.Kami berkeyakinan, dengan mengetengahkan warna trend pastel iaitu hijau, merah jambu, ungu dan biru tidak ketinggalan dalam setiap helaian.


“Rekaannya juga bukan hanya bertumpu kepada perayaan Aidilfitri, ia boleh digayakan dalam pelbagai majlis. Kami juga menggunakan beberapa jenis fabrik antaranya kapas, satin, bercorak floral dan sifon. Bagi mereka yang ingin mendapatkan rekaan moden selain baju kurung, kebaya atau jubah, butik itu turut menyediakan cetusan idea yang terkini dan elegan,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]