80 liter darah dikumpul

in Bisnes by


DIMENSION Data Malaysia (Dimension Data) telah menganjurkan Hari Kesihatan sebagai inisiatif yang didedikasikan untuk para pekerja dan rakan kongsinya.


Objektif program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran terhadap konsep gaya hidup lebih sihat dan lebih baik dalam kalangan masyarakat.


Sehubungan itu, semua warga kerja Dimension Data dan rakan-rakan kongsi syarikat telah dijemput untuk terlibat sama.


Pengarah Urusannya, Henrick Choo berkata, pihaknya percaya didikan melalui amalan adalah cara untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja syarikat.


Katanya, antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung adalah menderma darah.


Katanya, program berkenaan telah mencatat kehadiran pengunjung hampir 200 orang.


“Kehadiran dan penyertaan aktif daripada para pekerja dan tetamu ini juga telah menyumbang kepada 80 liter derma darah,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]