Barbara Bush meninggal dunia

in Global by


HOUSTON – AMERIKA SYARIKAT. Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Barbara Bush, meninggal dunia semalam pada usia 92 tahun.


Menurut sumber terdekat, kesihatan beliau semakin merosot akibat menghadapi masalah jantung dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.


Pihak keluarga memutuskan untuk beliau tidak lagi dirawat di hospital sebaliknya dijaga di rumah dan dikelilingi keluarga tersayang.


Bush menjadi Wanita Pertama dari 1989 hingga awal 1993, apabila suaminya, H W Bush dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-41.


Beliau turut menyaksikan anak lelakinya, George W Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-43. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]