Harapan Selangor tumpu gerak kerja PRU14

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) Selangor akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja PRU14 selepas proses pengagihan kerusi gabungan itu selesai baru-baru ini.


Menurut kenyataan media bersama Harapan Selangor,  calon mewakili Harapan adalah yang berwibawa, berintegriti dan komited untuk memberi khidmat dan menabur bakti kepada negeri serta rakyat.


“Harapan Selangor telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Negeri Selangor bagi memberikan perkhidmatan cemerlang dan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Selangor.


“Kami yakin bahawa perpaduan pimpinan dan anggota Harapan Selangor akan melonjakkan sokongan rakyat untuk mengekalkan pentadbiran  dalam kerajaan negeri bagi meneruskan pembangunan ekonomi dan agenda peduli rakyat,” tulis kenyataan bersama oleh Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim dan ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.


Sementara itu, Mohamed Azmin sewaktu Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan  Sekolah (SJKC,SJKT, Mubaligh) semalam memaklumkan kesemua nama calon hanya akan diumumkan semasa hari penamaaan calon 28 April ini.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]