Harga mingguan petrol, diesel terus kekal

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel kekal untuk minggu ini, menjadikan harganya tidak berubah bagi lima minggu berturut-turut.


Menurut laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini, harga runcit mingguan RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter).


Harga runcit mingguan baharu itu berkuat kuasa tengah malam ini hingga 25 April. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]