Kedai roti lain tak tutup pun: Najib

in Edisi by


TELUK INTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan salah seorang pemimpin pembangkang menyalahkan kerajaan apabila beliau terpaksa menutup kedai roti miliknya.


Menurut Najib pemimpin pembangkang berkenaan mengatakan kerajaan dan perdana menteri tidak menguruskan ekonomi dengan baik sehingga terpaksa menutup 12 cawangan kedai rotinya.


“Ini satu lagi berita palsu di mana ada orang buka kedai roti 12 tahun 12 cawangan, bila rugi berniaga jual roti kata ekonomi tak baik diuruskan kerajaan.


“Kedai roti lain tidak tutup, kedai roti lain maju, kedai Roti Boy maju, kedai roti Gardenia Maju dan saya percaya Mee Rebus Mastan Ghani di Teluk Intan ini juga maju perniagaannya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah PR1MA Teluk Intan, di Batu 4, Jalan Changkat Jong, pagi tadi.


Najib berkata, sepatutnya pemimpin pembangkang berkenaan melihat sendiri kemungkinan kedai roti milik pemimpin pembangkang tersebut tidak sesuai lokasinya.


“Atau mungkin roti tak sedap, kos terlalu tinggi dan mungkin banyak sebab lain, yang anehnya ekonomi negara kita memang berkembang dengan begitu positif sekali.


“Jadi kalau tutup kedai orang tak pergi kedai, kerajaan pun salah ke?,” persoalnya.


Tambahnya lagi kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat kerana rakyat tidak mahu lagi mendengar cakap individu yang sudah melalut.


“Rakyat bukan nak dengar cakap orang dah melalut, hari ini cakap lain, esok cakap lain, macam kedai rotinya, dalam dua minggu empat kali tukar kenyataan, mula-mula kata bukan kedai dia lepas itu kata kedai dia, lepas itu kata nak jual kedai dia, akhirnya baru mengaku kedai dia.


“Sebab apa dalam daftar syarikat dia ada 10 juta saham dan miliki 51 peratus share. Janganlah main politik macam ini, jangan tuduh tak berasas dosa nanti, itu dia dengan ALLAH kita sehari dua ni nak tunjuk bahawa orang teluk inta bijak memilih kerajaan yang memberi manfaat,” katanya.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]